resepimasakan.net

Resepi Cheesekut Mudah

Resepi Cheesekut – Assalamualaikum dan salam sayang…. Lama pulak tak update blog dengan resepi yang mudah dibuat dan sedap rasanya. Huhu… Resepi ni cik tom belajar dari housemate, Shida yang belajar dengan Nisa. Wow dah jadi hieraki pulak kan? Haha… Actually Shida bagi tau nama resepi ni Cheezekut sebab namanya lagi catchy kan? Hehe..banyak varian resepi cheesekut. ada resepi cheesekut oreo, resepi cheesekut nestum, resepi cheesekut milo, resepi cheesekut meleleh, resepi cheesekut tiramisu dan masih banyak lagi

Buat cheesekut secara berjemaah Buat cheesekut secara berjemaah. Cara buat cheesekut ni memang mudah jee.. Tak perlu korang nak kena kukus dengan alat pengukus atau guna oven bagai. Gambar atas ni kenangan masa kitorang- Shida, Ja, Zattie & Cik tom berjemaah buat cheesekut. Rindunya kenangan kita rajin masak-masak kan. Miss uolsss!

Resepi Cheesekut

Resepi Cheesekut

Bahan-bahan resepi cheesekut cara mudah dan sedap:

  • Cream cheese 250 gram ( guna brand Tatura)
  • ¾ tin susu pekat yang saiz kecil (@secukup rasa-manis)
  • Biskut cream cracker (guna brand Luxury Original- biru)
  • Susu kotak kecil 250 mL (guna brand HL)
  • Nestum

Cara-cara masakan resepi cara cheesekut mudah dan sedap:

  1. Mula-mula masukkan cream cheese, susu pekat dan sedikit susu kotak (2 sudu) dan gaulkan sebati. Kemudian pukul sampai kembang (jadi cream).Guna mixer lagi cepat dan senang.
  2. Pastu, sediakan bekas acuan (prefer yang berbentuk empat segi supaya senang nak susun biskut).
  3. Celup biskut ke dalam susu kotak HL (untuk lembapkan biskut) dan susun ke dalam bekas acuan. Kalau ada lubang2 kecil, patah2kan biskut dan isi sampai penuh dan tutup semua lubang.
  4. Kemudian sapukan cream cheese (Step 1) diatas biskut yang disusun. Taburkan nestume di atas lapisan cream cheese. Korang ulang la lapisan tu mengikut aturannya iaitu biskut, cream cheese dan nestum. Berapa lapis? Ikut suka tapi suggestion 4 lapis biskut.
  5. Lapisan paling akhir@atas sekali lagi better korang letak cream cheese tebal sikit.
  6. Dah siap. Simpan dalam peti semalaman dan esok boleh la menjamu cheesekut.

Read More : Resepi Ayam Masak Kicap Simple

Macam mana? Mudah je kan resepi cheesekut yang cik tom kongsikan kali ni. Kalau rajin buat boleh amik open order kat ofis tau. Shida pernah amik order buat cheesekut ni. Memang berbaloi. Ni salah satu cara nak cari sideincome dari rumah jugak.

Website ini mengkongsikan resepi-resepi masakan-Malaysia Terkini diantaranya ayam, ikan, mee, kek, puding, biskut, nasi, daging, rendang, spaghetti, roti, donut, sup, udang, brownies, sotong dan masih banyak lagi. Resepi di dapat dari resepi warisan keluarga, resepi dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing kami alam internet. Laman perkongsian blog ini mengenai pelbagai resipi masakan Malaysia yang Sedap, Mudah dan Simple. Semoga website ini ada manfaatnya dan bisa kalian cuba resepi-resepi ini di rumah. Terima kasih.

Resepi Cheesekut Mudah | duniasih | 4.5