resepimasakan.net

Resepi Donut Mudah

Resepi Donut – Serius, dah lama mencari resepi donut gebu lembut macam big apple ni… Tapi biasalah.. dalam kepala otak ni mesti fikir, ala.. malas la nak buat donut, nak kena menguli tu… penat. Sekali, semalam suami la cakap, anak-anak suka makan donut.. setiap kali sarapan, mesti belikan donut… haihh… tu yang buatkan saya bertekad juga nak buat sendiri.

Resepi Donut

Resepi Donut

Takpe la.. uli pun uli la.. kan.. memandangkan dah lama tak men’donut’, jadinya kena minta tolong “Pak Cik Google” juga la minta resepi.. haha..Akhirnya, jumpa la resepi donut mudah, tanpa uli.. yang lembut gebu katanya… ok.. saya try je la kan.. sebab tak payah uli kan dia kata. Dengan semangat tuh, jadi ikut resepi tu… Mudah sangat katanya.. bahan yang memang dah sedia ada.Jadi, ikut sebijik macam resepi tu… Setelah siap je… fuhh.. meletop .. memang serius… lembut, gebu betul… memang sebijik macam donut big apple… teruja ok.. teruja nih..

Resepi Donut

Inilah donut paling lembut, gebu pernah dibuat…
Serius… ini membuatkan saya nak buat donut frozen banyak-banyak… dalam hati, mula dah fikir nak buat roti pizza la, buat pau la.. sebab caranya sama je.. punya lah teruja sebab senang sangat caranya… dan memang tak penat tangan nak uli pun… lepas ni memang akan buat lagi dan lagi. varian donut ada banyak, seperti resepi donut gebu, resepi donut coklat, resepi donut lembut, resepi donut sukatan cawan, resepi donut cheese, resepi donut big apple dan masih banyak lagi. Kalu nak mencuba, jom ikut resepi ni.

Bahan-bahan A:

  • 1 paket yis kering
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu gula

Campurkan bahan A ni dan biarkan kembang.

Bahan-bahan B:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu marjerin
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam

Ramaskan bahan-bahan B ni sehingga jadi macam serbuk roti.

Cara membuat donut paling lembut dan mudah :

  1. Campurkan Bahan A (campuran yis yang telah kembang) tadi ke dalam Bahan B dan gaul rata.
  2. Biarkan selama 1 jam dalam bekas yang tertutup.
  3. Adunan memang agak lembik tapi jangan risau dan jangan tambah tepung.
  4. Selepas satu jam tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan angin.
  5. Kemudian ambil sikit untuk dicanai dan terap.. Masa ni boleh ambil sedikit tepung untuk terap acuan supaya tak melekat.
  6. Biarkan selama 30 minit, atau nampak kembang sikit dan bolehlah digoreng.
  7. Memang takde proses uli pun… hanya gentel penyek je sikit masa nak canaikan tu… mudah sungguh la… Cuma dia kena perap tu buatkan kena buat awal la.. Kalau nak buat untuk minum petang, dalam jam 3 petang dah kena sediakan dohnya… saya buat pagi tadi pun, sambil-sambil layan online je..
  8. Tapi memang senang betul lah.. lepas ni memang boleh buat lagi.. Ni, en.somi beli coklat untuk sapu kat atas.. mesti betul-betul-betul macam big apple lepas ni.. hehe.

Read More : Resepi Sup Ayam Mudah

Website ini mengkongsikan resepi-resepi masakan-Malaysia Terkini diantaranya ayam, ikan, mee, kek, puding, biskut, nasi, daging, rendang, spaghetti, roti, donut, sup, udang, brownies, sotong dan masih banyak lagi. Resepi di dapat dari resepi warisan keluarga, resepi dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing kami alam internet. Laman perkongsian blog ini mengenai pelbagai resipi masakan Malaysia yang Sedap, Mudah dan Simple. Semoga website ini ada manfaatnya dan bisa kalian cuba resepi-resepi ini di rumah. Terima kasih.

Resepi Donut Mudah | duniasih | 4.5